TERKINI : Firdaus Wong Tunjukkan Bukti Mesej Lucah Dari Seorang Pendakwah Terkenal

SEJAK beberapa bulan lalu, Firdaus Wong Wai Hung menerusi platform media sosial miliknya sering kali berkongsi mengenai isu pem4ngsa seksuaI bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

Tindakan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen seolah-olah Firdaus Wong yang juga Pengasas MultiraciaI Rverted MusIims (MRM) itu merujuk kepada seseorang yang mempunyai populariti dan jumlah pengikut yang ramai.

Pelbagai kata cacian diterima, namun demi mahu menegakkan kebenaran, pendakwah terkenal itu tetap berpegang pada prinsipnya.

Semalam, buat pertama kali Firdaus Wong tampil mendedahkan bukti daripada seorang mangsa ser4ngan seksuaI individu yang mendkwa sebagai seorang pendakwah terkenal.

Semua bukti tersebut didedahkan Firdaus Wong menerusi saluran aplikasi Telegram miliknya.

Menurut Firdaus Wong, m4ngsa berkenaan telah menghantar tangkap layar kiriman WhatsApp dan Instagram kepadanya meminta untuk berkongsi bukti tersebut untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Pada masa sama, beliau berkata, m4ngsa itu juga memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai m4ngsa tampil membuat Iaporan polis.

Katanya, m4ngsa tersebut juga telah membuat Iaporan polis dengan kesemua bukti berkenaan turut diserahkan untuk dis1asat pihak berkuasa.

“Setelah berbincang dengan sekumpulan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka memberikan keizinan kerana semua perkongsian ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan juga undang-undang.

“Buat pengetahuan sahabat semua, kesemua mesej ini saya telah lihat dengan mata saya sendiri daripada WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.

“Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat Iaporan,” jelas beliau dalam satu hantaran di saluran Telegram itu.

Mengulas lanjut, Firdaus Wong menegaskan telah bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat Iaporan polis atau mengambil t1ndakan s4man.

Kata beliau, pihaknya tetap bersama dengan semua m4ngsa yang telah membuat Iaporan polis untuk mendapatkan keadilan.

Beliau menegaskan tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar dengan segala bukti telah disiapkan.

“Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa m4ngsa tidak buat laporan polis, kami telah buat Iaporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu s1asatan.

“Setelah Iaporan dibuat, anda yang meminta bukti dikongsikan di media sosial tetapi kami enggan berbuat demikian kerana masih dalam siasatan polis dan tidak mahu menganggu tugasan polis. Kami dih1na dan dis3rang, tiada masalah, kami bersabar.

“Kini setelah s1asatan telah selesai dan atas permintaan m4ngsa-m4ngsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta menggalakkan lebih ramai m4ngsa tampil membuat laporan polis,” jelas beliau.

Firdaus Wong memaklumkan, pihaknya akan terus membantu mangs4 untuk keluar daripada masalah itu dan mendapatkan keadilan.

“Kami tidak menagih simpati atau pujian. Kami mohon sahabat doakan mangsa-mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

“Bak kata Kamal Affandi Hashim, “kita bukan nak kurangkan pem4ngsa seksuaI tetapi kita nak kurangkan jumlah orang daripada menjadi m4ngsa”.

“Yang pernah menjadi m4ngsa mana-mana pem4ngsa seksuaI, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing dan Insya-Allah kami akan membantu anda semampu dengan percuma untuk mendapatkan keadilan,” katanya.

sumber : utusantv

Harap Maaf