Tak Ambil Tahu, Peduli Apa Orang Kata – Mahu Bijak Rancang Masa Depan!

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM akui setiap perkara yang tular di media sosial amat penting bagi menarik perhatian ramai.

Kata Kak KM ketika ditemui di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur baru-baru ini, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini menjelaskan, setiap yang dilakukan adalah bersebab bagi menonjolkan diri agar lebih maju dan berjaya.

“Dalam membuat sesuatu perkara itu, memang perlu jadi viral sebabnya secara tak langsung orang akan bercakap mengenai perkara itu.

“Kalau tak viral, siapa yang kenal dan sesuatu produk yang kita keluarkan?

“Kalau orang nak cakap negatif pasal saya, saya langsung tak ambil tahu dan tak peduli pun orang nak cakap apa,” katanya jujur kepada MH.

Terdahulu, usahawan ini ditemui sempena majlis ulang tahun hari jadi sahabatnya, Ifa Raziah.

Atas rasa tak ambil peduli itu, Kak KM juga tak pernah ambil pusing perihal komen yang dilemparkan netizen menerusi media sosial.

“Mereka yang cakap negatif itu pun, kemudian dia akan suka malah ada yang turut dapatkan produk-produk saya.

“Saya tidak akan sesekali balas komen netizen dan tidak terlintas untuk berbuat demikian setakat ini,” jelas Kak KM. 

 

Dalam perkembangan lain, Kak KM juga bakal melancarkan single pertamanya berjudul On The Way Ke Hatimu awal tahun depan.

Lagi tersebut adalah hasil ciptaan sepenuhnya komposer dari Indonesia.

“Saya mesti pastikan setiap momentom tidak akan turun dan perlu bijak merancang sesuatu perkara kehadapan dan ke arah lebih baik.

Itulah sebabnya saya ingin cuba dalam bidang nyanyian pula. Walaupun ada kecaman dan kritikan terhadap saya, tapi saya abaikan saja dan tidak mahu toleh ke belakang.

“Saya harap penerimaan dalam bidang nyanyian mendapat sokongan dan reaksi positif ramai, insyaAllah” harap Kak KM optimis.

Kredit: MH

Harap Maaf