WANITA adalah makhluk lemah dan itulah yang sering didengari apabila ramai memandang rendah dengan kemampuan golongan ini berbanding lelaki.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Pun begitu, wanita zaman sekarang ini pantang dicabar dan ramai di kalangan mereka ternyata lebih berani dan ekstrem berbanding kaum lelaki. Tak percaya.? Perkongsian daripada seorang jurugambar bebas, Siva Kumar jelas membuktikan wanita adalah makhluk berani.
Wanita Malaysia takluki bangunan pencakar langit
Menerusi video dimuat naik Siva di laman Instagram miliknya, dilihat beberapa wanita Malaysia ‘lantang’ menentang graviti dengan memberanikan diri menyahut cabaran bertugas sebagai juruteknik akses tali.
Ternyata ia merupakan satu pekerjaan yang memerlukan mereka untuk sentiasa bergayut antara puncak dan sisi bangunan pencakar langit dengan landskap pandangan Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Tabik, respek.!
Rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan rasa kagum melihat keberanian yang ditunjukkan oleh wanita tersebut kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya.
“Hantaran ke-1000, pagi ini saya menemui wanita besi,”tulisnya.
View this post on Instagram
Difahamkan, dalam video berkenaan wanita tersebut sedang bertugas menukar lampu spotlight klasik kepada sistem LED.
Kalau saya, mungkin dah pengsan
Ada juga netizen sempat berseloroh dengan mengatakan dia mungkin akan pengsan sekiranya diberi tanggungjawab dan tugas apabila melibatkan ‘ketinggian’.
Komen Netizen :
Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Oh My Media
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.