Suara Rakyat Malaysia, Lebih 350,000 Tandatangan Petisyen Bantah PKP Dilonggarkan

Ratusan ribu orang menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah keputusan kerajaan melonggarkan sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketika berita ini ditulis, lebih 330,000 menandatangani petisyen itu di Change.org bagi meminta perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dibatalkan.

PKPB akan berkuat kuasa pada Isnin ini bagi membolehkan kebanyakan sektor perniagaan dibuka, termasuk restoran dan pusat jagaan harian.

Antara isi kandungan petition,

Kami merayu kerajaan Malaysia teruskan PKP dan batalkan PKP bersyarat segera.
Kami tidak mahu kesilapan negara lain yang beri kelonggaran/batalkan PKP berulang di Malaysia.
Kami tidak mahu barisan hadapan kami keletihan lagi.
Kami tidak mahu kerajaan tunduk pada golongan kapitalis yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan soal kesihatan dan kebajikan pekerja.
Kami masih boleh teruskan PKP demi masa depan negara kami.
Beberapa aktiviti tertentu di luar rumah juga akan dibenarkan.

Bagaimanapun kesemua aktiviti yang dibenarkan di bawah PKPB masih perlu mematuhi penjarakan sosial.

Petisyen tersebut meminta kerajaan tidak mengulangi kesilapan beberapa negara lain.

“Kami tidak mahu barisan hadapan bertambah penat. Kami tidak mahu kerajaan tunduk kepada kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan sosial dan kesejahteraan pekerja,” tambahnya.

Petisyen berkenaan dilancarkan semalam.

Salah seorang penandatangan petisyen, Lisa Mariana Md Sallehuddin berkata beliau tidak mahu berlaku gelombang ketiga ja4ngkitan C0ovid-19.

“Saya seorang jururawat dan saya bekerja keras dengan pasukan saya untuk mela4wan C0ovid-19. Saya tidak mahu negara saya menghadapi gelombang ketiga.

“Walaupun saya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi tidak mengapa! Kehidupan yang lebih sihat lebih penting bagi saya,” tulisnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mempertahankan PKPB dengan mengatakan perlu ada keseimbangan antara menjalani kehidupan dan mata pencarian.

Beliau berkata matlamat utama PKP adalah melandaikan lengkungan j4angkitan dan kerajaan sudah berjaya melakukannya.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial untuk memastikan tiada lagi j4angkitan baru C0ovid-19.

KERAJAAN Kedah menangguhkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas C0ovid-19) Selasa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang diumumkan Kerajaan Persekutuan semalam.

Katanya, pelaksanaan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

“Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai Zon Hijau selepas tiada lagi kes aktif C0ovid-19 dikesan di semua daerah.

“Oleh yang demikian, pelaksanaan di bawah PKPB ditangguhkan sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas C0ovid-19) pada 5 Mei ini,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Mukhriz berkata, pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau dan rakyat tidak ter4ancam dengan j4angkitan viruus C0ovid-19.

Katanya, keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi dengan mereka diminta terus kekal di rumah serta amalkan penjarakan sosial buat sementara waktu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPB mulai 4 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Muhyiddin berkata, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

Sumber : Mskini

Harap Maaf