‘Saya akan terus simpan baju itu’ – Ibu Sandra

“Saya akan terus simpan baju itu,” kata Nur Syakinah Abdullah, 46, ibu kepada peserta program realiti Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne, 26 yang men1nggal dunia hari ini selepas terbabit kemalangan jalan raya Sabtu lalu.

Menurut Nur Syakinah, sepatutnya Sandra memakai baju panjang berwarna kelabu untuk persembahan Ahad ini.

“Saya simpan baju itu sejak tahun lalu untuk dia bawa lagu Nuri nyanyian asal Ella.

“Baju itu adalah pakaian lapis untuk jaket yang akan dipakainya pada persembahan nyanyian akan datang,” katanya ketika ditemui di Kampung Kauluan di sini.

Selain itu, Nur Syakinah memberitahu arwah sedikit ‘down’ dengan persembahan nyanyian lepas namun sekeluarga dan rakannya tidak henti-henti memberi kata-kata semangat.

“Hari itu dia sangat yakin sebelum keluar berlatih ditemani adik sepupunya (Jessica R James Majanah, 21) yang juga pembantunya sepanjang pertandingan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ke latihan penuh Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), arwah sempat meluangkan masa bermain dengan adik tirinya.

“Setiap kali sebelum keluar rumah pun, dia akan mencium tangan saya tidak sangka itu adalah kali terakhir,” jelasnya.

Nur Syakinah dalam pada itu sekali lagi merayu pihak yang mengambil atau menemui telefon milik anaknya itu supaya memulangkannya dengan segera kerana terdapat banyak gambar kenangan.

“Sandra menggunakan telefon jenis Samsung S20 Ultra. Ia adalah telefon yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja. Segala maklumat mengenai media sosial seperti Instagram dan Twitter tersimpan di situ selain maklumat-maklumat sulit yang lain.

“Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya. Bantu saya sebarkan supaya rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria men1nggal dunia hari ini akibat kema1angan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, Sabtu lalu.

Jnazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan kira-kira jam 6 petang tadi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Metro

Harap Maaf