Saintis dakwa boleh hasilkan klon Messi menggunakan inovasi saintifik

SEBUT sahaja Lionel Messi, pasti ramai yang terbayangkan aksi hebatnya di atas padang.

Maka tidak hairanlah jika ada saintis yang meluahkan hasrat untuk menghasilkan klon pemain Argentina itu.

Menurut Arcadi Navarro, ketua di Arkib Genome-Phenome Eropah, klon berkenaan tidak mustahil untuk dihasilkan menggunakan kaedah saintifik terkini.

Malah katanya, klon itu jika berjaya dihasilkan pastinya akan mengejutkan dunia.

“Messi boleh diklon dengan teknik terkini.

“Kita boleh hasilkan makhluk yang hampir sama dengan Messi, seperti kembarnya,” ujarnya kepada radio Cedena SER.

Tambahnya lagi, orang ramai juga pastinya tidak bersedia untuk melihat klon berkenaan.

Sumber:  IBTIMES.

Harap Maaf