Pernah akui buat kesilapan, Ini biodata Shuk Sahar HotFM, Antara Pelawak Tersohor Malaysia

Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk ialah seorang pelawak, pengacara TV dan pelakon lelaki yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau pernah menjadi peserta Raja LawakMusim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut dan mereka berdua berasal dari Pulau Pinang.

Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang pertama diberi nama Nur Qurratu Ain pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.

Pada 13 Julai 2019 Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 33, selamat menimang cahaya mata perempuan kedua pada Sabtu lalu.
Menurut laporan BH Online, anggota kumpulan SYJ dan Balas ini menimang anak kedua tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 27, melahirkan puteri kedua mereka seberat 2.7 kilogram, pada pukul 3.05 pagi, 13 Julai lalu.
Berita gembira ini turut dikongsi oleh laman Instagram stesen radio tempat Shuk bertugas, Hot FM.

Shuk terlibat dengan stesen radio Hot FM, pengacara program Pop TV (TV9) dan Kaki Bahan (HyppTV). Disebabkan terlibat dengan kerjaya di stesen radio Hot FM pada setiap Isnin hingga Jumaat, Shuk banyak menerima tawaran sebagai pengacara. Jadi, ruang untuk berlakon menjadi agak terhad dan terbatas.

Shuk berusaha melakukan anjakan dalam kerjaya seninya agar tidak mudah berasa selesa. Dia mahu mencabar diri menjadi berdikari.

Untuk kekal dalam industri, dia perlu mempelbagaikan bakat termasuk berani mencuba perkara baharu selain tidak terlalu bergantung pada satu-satu sayap kerjaya.

Pada tahun 2019, Shuk terlibat dengan pengacaraan rancangan realiti I can See Your Voice Malaysia bersama Sean Lee.

October tahun lalu Isteri, anak kena kuarantin, Shuk Sahar terpaksa tinggal di hotel… Jumpa anak hanya depan pagar

Tidak dapat menahan lagi perasaan itu, Shuk, 34, pulang ke rumah untuk bertemu keluarganya biarpun terpaksa melihat dari jauh.

“Ayah rindu Ain tapi tak dapat peluk Ain,” kata Syuk menyebut salah seorang daripada dua anaknya.

Shuk berkongsi video ketika dia bertemu dengan anak-anaknya di luar rumah.

Menurut Syuk, sudah hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan keluarganya dan tidak dapat membayangkan rasa rindu untuk memeluk mereka semua.

“Disebabkan keluarga saya kena kuarantin, saya langsung tak dapat nak jumpa. Jadi, saya ambil keputusan untuk jumpa juga mereka walaupun hanya di depan pagar rumah,” katanya.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar ini turut memuat naik video dia bertemu dengan anaknya di luar rumah yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi rakaman tersebut, Shuk hanya berdiri di luar rumah dan berborak dengan dua orang anak perempuannya.

Disebabkan keluarga saya kena kuarantin, saya langsung tak dapat nak jumpa.
Video berdurasi 2 minit 50 saat itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen dan rakan selebriti antaranya Ramona Zam Zam dan Fizie Hot FM.

Dalam pada itu, Shuk memberitahu dia terpaksa menetap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya di Petaling Jaya, berikutan anak-anak serta isteri perlu kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah.

“Sebenarnya selama beberapa hari ini saya bukan duduk di rumah sebab isteri dan anak-anak bawa balik dari Sabah… jadi, mereka self-quarantine di rumah dan saya kena keluar.

Shuk dan isteri mempunyai dua orang anak perempuan.

“Saya duduk dekat hotel berdekatan dengan pejabat. Hari ini saya rasa rindu sangat dengan mereka… nak pergi tengok mereka. Dapat tengok depan pintu pun jadilah,” ujarnya.

Shuk Sahar akui buat kesilapan – “Saya akan cuba pertahankan keluarga saya!”
Pada tahun 2020, SELEPAS lama mendiamkan diri, penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya tampil menjelaskan dakwaan berlaku cur4ng terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, mengakui pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.

“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama selesaikan.

“Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,” kata Shuk kepada mStar.

Pengacara dan pelawak terkenal itu ditemui ketika media night bersama HotFM & KoolFM di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika benda itu (isu curang) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku cur4ng dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Kisah tersebut menjadi tular pada awal Ogos lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti.

Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara.

Biodata Ringkas Shuk Sahar :

Nama penuh : Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar

Asal : Pulau Pinang, Malaysia

Kediaman : Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Warganegara : Malaysia

Nama lain : Shuk Joras, Shuk Balas

Pekerjaan : Pelakon, Pelawak, Pengacara TV, Penyampai Radio

Tahun aktif : 2011 – kini

Pasangan : Rossalennah Asshaferah (2015)

Nama anak sulung : Nur Qurratu Ain (2016)

Instagram : https://www.instagram.com/shuk_hotfm/

Sumber : Trendingsangat.pw

Harap Maaf