Pecah Perut Bila Sharifah Shahirah Buat Tutorial Guna Tandas

Tutorial pakai tudung dah biasa kita tengok. Tapi tutorial guna tandas jarang dibuat orang.

Pengacara, pelawak dan pelakon Sharifah Shahirah atau Shiera baru-baru ini telah berkongsi video beliau mencuci tandas di kedai makan miliknya.

Menurut Shiera, ramai pengguna tandas di situ suka memijak pelapik tandas sehingga kotor.

Oleh itu, Shiera terpanggil untuk membuat tutorial mengenainya kerana sikap pengguna tanda tandas sedemikian menyebabkan beliau terpaksa menukar pelapik tandas itu beberapa kali.

Dalam video itu, Shiera menggayakan bagaimana kaedah yang betul untuk melepaskan ‘hajat’ samada untuk mencangkung atau duduk. Kelakar dan selamba habis Shiera nih.

Sebenarnya, sikap suka mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk ini sememangnya mengundang bahaya.

Walaupun cara teguran tu agak kasar dan dilihat seperti Shiera marah, rata-rata peminat Shiera terhibur dengan video itu.

Pelawak Vicha siap minta tutorial buang air kecil lagi.

Sudah banyak notis yang ditampal pada setiap tandas supaya tidak mencangkung di atas mangkuk tandas, namun ramai masih degil mungkin kerana geli dan jijik apabila menggunakan tandas duduk.

Tapi, pernahkah anda terfikir kuman yang disebarkan melalui tapak kasut anda yang diletakkan di atas mangkuk tandas tersebut?

Ataupun kecederaan yang bakal berlaku akibat duduk mencangkung di tandas duduk itu? Ngeri tau!

Harap Maaf