KEBIASAANNYA, setiap hantaran di laman group Facebook Edit Apa Hari Ini akan diakhiri dengan gelak tawa apabila seseorang meminta ahli di dalam itu untuk menyunting sesuatu gambar.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Walau bagaimanapun, ada ketikanya suasana dalam group tersebut bertukar menjadi serius dan sebak apabila ia melibatkan permintaan seseorang itu menyentuh hati nurani ramai.
Terbaharu, seorang wanita dikenali DhiyaSyajaah MohdAzmi meminta agar gambar dia bersama anak yang baru dilahirkan disunting bersama suaminya yang telah meninggal dunia sewaktu perayaan AidilAdha lalu.
“Nak minta tolong pakar-pakar editkan gambar suami berdiri sebelah saya dan anak kami. Arwah suami meninggal masa raya haji, tak sempat lihat anaknya lahir.
“Semoga gambar ini dapat jadi tatapan buat anak kami kelak, mesti dia seronok sangat. Terima kasih semua,”tulisnya.
Dia juga berharap agar gambar tersebut akan menjadi sesuatu bermakna buat anak setelah dewasa kelak kerana mempunyai gambar bersama seorang insan bergelar bapa meskipun takdir memisahkan mereka.
Ini je mampu, moga ceria selalu
Rata-rata penghuni grup tersebut sedaya upaya menghasilkan suntingan bermakna buat tatapan anak wanita berkenaan. Mereka juga berharap agar dengan suntingan tersebut ia dapat menceriakan dan melengkapkan gambar keluarga kecil itu.
Malah, ramai turut menitipkan mendoakan agar arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan anak tersebut menjadi seorang insan yang membahagiakan ibunya.
Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Oh My Media
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.