“Jangan Cium Bayi Orang Lain. Cium Anak Sendiri Boleh” – Neelofa

SELEBRITI dan usahawan popular, Neelofa menasihatikan orang ramai tidak sesuka hati mencium anak orang lain sesuka hati bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit.

ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻

Menerusi perkongsian di InstaStory, Neelofa memuat naik video memaparkan seorang individu menerangkan mengenai penyakit Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang dijangkiti bayinya sehingga ditahan di wad kecemasan.

Menurut Neelofa lagi, dia berharap mana-mana individu tidak terasa hati kerana ianya demi menjaga kesihatan bayi tersebut.

“Jangan cium orang lain punya bayi.. cium anak sendiri boleh. Ok.? Jangan terasa, demi kesihatan bayi kecil” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa mengakui bimbang apabila orang luar memegang pipi cahaya sulungnya itu, Muhammad Bilal apatah lagi mencium anaknya.

“Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni rasa dah tak boleh nafas, apa lagi kalau cium.. Ummi Bilal ni jerit tak berlagu kot” tulisnya.

Untuk info, jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun.

Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻

Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.

sumber : RotiKaya

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf