Melayang RM13,000 Jurutera Diugut Wanita Sebar Video Terlampau

Bimbang video bogel tersebar, lelaki yang juga seorang jurutera kilang di Bayan Baru kerugian RM13,000.

Memetik BH Online, mangsa 25 tahun itu menyerahkan wang berkenaan selepas menerima ugutan daripada seorang wanita.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan, pada 18 Julai lalu mangsa membuat panggilan video bersama wanita tidak dikenalinya di aplikasi Line sebelum mereka membuat aksi kurang senonoh tanpa menyedari ia dirakam.

“Selepas selesai panggilan, mangsa menerima pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali pada jam 3 petang hari sama dan mengugut akan menyebar video terlampau berkenaan.

“Mangsa diminta membayar sebanyak RM13,000 sekiranya tidak mahu video itu tersebar,” katanya.

Mangsa kemudian membuat bayaran menerusi transaksi dalam talian sebelum membuat laporan di balai polis jam 10.11 malam tadi.

Tambah Anbalagan, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana peras ugut menyebar video terlampau.

Sumber: BH Online

Harap Maaf