“Kena lelong murah-murah” – Lama Sangat Tutup Kedai, Produk Barang Kulit Sampai BerkuIat

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 9 Jun depan. Tapi, memandangkan PKP kali ni dah dilonggarkan, kedai-kedai pun dah boleh dibuka seperti biasa asalkan ikut SOP. 

Namun, ada juga peniaga yang menerima berita buruk apabila barangan jualan mereka rosak disebabkan terlalu lama tutup kedai! Pengguna Facebook, Nex Nezeum telah kongsikan gambar barangan kulit yang telah berkulat.

Antara produk barangan kulit yang berkulat adalah kasut, dompet dan beg. Tali pinggang pun jadi mangsa jugak.

Kerusi tempat pelanggan menunggu pun berkulat weh! 

Menurut pengguna Facebook lain, produk barangan kulit ini boleh berkulat disebabkan oleh aircond kedai yang ditutup selama dua bulan. Ketiadaan penyaman udara telah menyebabkan tahap kelembapan yang tinggi jadi senang untuk barangan tersebut berkulat.

Jadi, katanya takde kaitan pun dengan kulit tiruan atau barangan kulit yang asli. Apa-apa pun, semoga pemilik kedai tabah dengan ujian ni. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LobakMerah

Harap Maaf