Kerajaan negeri bersedia untuk PKPD – Datuk Hayati Othman

MALAYSIA: Dalam sidang akhbar yang dibuat di Putrajaya sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan sebanyak 11 lagi kes baru positif kluster Sivagangga di Kedah.

Disebabkan perkara ini, kerajaan negeri Kedah sudah bersedia dan akur sekiranya kerajaan Persekutuan mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kubang Pasu, Kedah berikut daripada peningkatan kes positif cov-19 di sana.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman. Menurut beliau perkara itu dilihat sangat diperlukan berikut orang ramai masih lagi ingkar dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keseelamatan Negara (MKN).

Menurut beliau, beberapa buah kampung sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga seperti maklumat yang diperolehi. Penduduk sendiri perlu untuk membantu diri mereka, jika bergejala atau ada kontak rapat dengan individu yang positif, mereka harus segera membuat saringan.

Menurut Dr Mohd Hayati, mereka kini risau dengan kes yang akan bertambah berikutan ada lagi keputusan saringan yang masih lagi belum dikeluarkan. Sekarang jalan terakhir adalah PKPD, maka kita akan ikut sahaja bagi memutuskan rantaian cov-19 tersebut.

Tambahnya lagi, ketika ini, penduduk di Kedah tiada pilihan lain dan seharusnya menjadikan kluster Sivagangga sebagai pengajaran bagi semua. Menurutnya, penjarakan fizikal dan memakai mask perlu dititikberatkan walaupun tinggal di kawasan kampung.

Untuk pengetahuan semua, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baru telah dikenal pasti di Kedah iaitu Kluster Sivagangga yang membabitkan pemilik kedai makan, seorang ahli keluarganya dan 4 pekerja kedai di Napoh.

SElepas 5 hari daripada hari itu, kes telah bertambah kepada 20 orang (tambahan 13 orang) hari ini membabitkan kawasan Napoh, Padang Sanai, Megat Dewa, dan Padang Terap.

Angka positif 2 angka

Hari ini kes baru cov-19 kembali meningkat 2 angka. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi, terdapat 14 kes baru positif cov-19 di Malaysia.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 14 kes baru disahkan positif cov-19. Jumlah ini sekaligus menambah jumlah kumulatif sebanyak 8999 kes positif direkodkan di Malaysia setakat hari ini”

Berikut merupakan perincian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai jumlah baru kes positif di Malaysia itu. Menurutnya satu kes import membabitkan warga Filipina yang telah mendapat jangkitan di luar negara, manakala 13 kes penularan tempatan semuanya membabitkan warganegara.

Jika tadi kami ada berkongsikan artikel mengenai satu keluarga dijangkiti cov-19 disebabkan kluster Sivagangga.

Hari ini, rasmi 11 lagi kes daripada kluster PUI Sivagangga di Kedah dan 2 kes saringan di pintu masuk Antarabangsa laut Labuan telah dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Untuk makluman semua, kes pertama adalah melibatkan pelajar tiba dari Sandakan, Sabah yang akan memulakan pengajian di Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala kes ke-2 pula ialah dari Penampang, Sabah yang datang ke Labuan bagi bercuti bersama keluarganya.

Oleh itu, setakat hari ini, sebanyak 210 kes lagi masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan cov-19. Mereka telah diasingkan dan akan diberi rawatan.

Untuk pengetahuan semua, terdapat satu kes positif yang sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan. Manakala pada hari ini, 17 orang telah pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MySumber

Harap Maaf