“Sekolah tutup tapi gaji jalan” – Netizen desak PM kaji balik gaji guru sepanjang PKP

Antara golongan yang terk3san dengan PKP termasuklah guru yang terpaksa menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari rumah.

Namun, berbanding dengan pekerja swasta dan pekerja bergaji harian yang kehilangan pendapatan, golongan guru dan penjawat awam lain dapat menarik nafas lega apabila gaji mereka tetap dibayar penuh oleh pihak kerajaan.

Disebabkan itu, ada netizen yang tidak berpuas hati dan mahu kerajaan mengkaji balik gaji yang diterima oleh para guru sepanjang PKP berjalan.

Mereka memberikan alasan sekolah tutup dan mend4kwa guru hanya goyang kaki di rumah tanpa membuat apa-apa kerja.

Berikutan itu, netizen yang lain tampil mempertahankan guru selain memberikan penjelasan bahawa tugas mereka tetap berjalan walaupun sesi persekolahan ditutup.

Malah, ada yang masih tidur lewat untuk menyediakan tugasan kelas ‘online’ buat para pelajar.

Sumber : CempedakCheese

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Harap Maaf