Chef Wan Ajar Uncle Roger Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

SEBUT sahaja Uncle Roger, sudah pasti ramai terbayang teletahnya yang kelakar. Sebelum ini, Uncle Roger berjaya menarik perhatian ramai apabila video reaksinya terhadap video memasak nasi goreng telur oleh hos BBC, Hersha Patel tular di media sosial.

ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻

Umum mengetahui, Uncle Roger sudah kembali ke Malaysia dan telah berkunjung ke restoran milik Chef Wan, seorang tukang masak selebriti yang cukup dikenali rakyat Malaysia.

Dalam video yang dimuat naik oleh Uncle Roger, kita dapat lihat bagaimana kecohnya suasana dalam dapur apabila Uncle Roger dan Chef Wan bergabung. Mana tidaknya, Chef Wan dilihat ‘membuIi’ Uncle Roger dan turut mengajarnya cara masak dengan betul tanpa bantuan MSG.

Bagi anda yang tidak tahu, Chef Wan sebelum ini pernah ‘mengharamkan’ MSG dalam dapur miliknya, Malah, kita dapat lihat Uncle Roger ‘disekolahkan’ oleh Chef Wan ketika memasak di dapur. Pastinya ini satu adegan yang jarang dapat dilihat dan anda pasti akan terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen rasa terhibur dan mengatakan episod kali ini merupakan episod terbaik yang pernah dimuatnaik olehnya. Malah, para Netizen juga berharap akan ada video antara Uncle Roger dan Chef Wan lagi kelak.

Bukan itu sahaja, para Netizen juga kagum dengan Chef Wan kerana tidak berkecil hati dengan sebarang komen yang dikatakan oleh Uncle Roger. Apakah pendapat anda akan video Uncle Roger bersama Chef Wan ini.?

Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻

Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.

sumber : vocket

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf