Boleh Dilakukan Walau Berbadan Kurus, Mekanik Ini Tunjuk Cara Tolak Kereta Seorang Diri

Pernah atau tidak kereta anda tiba-tiba rosak ketika memandu? Mesti ada daripada anda yang panik terutama sekali memandu secara bersendirian dan tidak tahu mahu lakukan apa.

Mahu alihkan kenderaan tetapi rasa susah? Apa kata anda cuba taktik yang dikongsikan oleh mekanik ini di TikTok miliknya. Pastinya perkongsian ini dapat membantu anda apabila perkara tersebut berlaku.

@carlsonchia_oe

Seorang pun boleh tolak kereta #carlsonchia #oeacademy #tiktokguru #tiktokguru #tiktok #ItStartsOnTikTok #malaysia

♬ original sound – Carlson@Guan_oe – Carlson@Guan_oe

Berikut adalah cara-caranya untuk tolak kereta apabila rosak:

  1. Tekan butang double signal.
  2. Tukarkan gear ke N.
  3. Turunkan handbrake.
  4. Turunkan cermin sehingga habis.
  5. Tarik habis safety belt dan tutup pintu.
  6. Masukkan badan ke dalam safety belt.
  7. Tangan di stereng kereta dan tolak kereta.

Mudah sahaja, bukan? Video ini telah ditonton lebih 714,000 tontonan dan mendapat perhatian netizen. Malah, video itu turut dikongsikan semula di media sosial lain. Selamat mencuba!

Harap Maaf