Bertaqwalah dengan jawatan anda, pesan Mujahid kepada Zulkifli

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Seri Mujahid Yusof mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di atas pelantikannya dalam Kabinet.
Mujahid berkata, beliau yakin Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan mempertahankan dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan olehnya semasa memegang jawatan menteri sebelum ini.
“Ini kerana sepanjang usaha ini digerakkan bawah PH beliau tahu hati budi saya di sebalik fitnah yang tersebar.
“Bertaqwalah dengan jawatan anda!” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Dr Zulkifli diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Senator esok merupakan mufti pertama dilantik menteri penuh.

Dari Mufti Kini Jadi Menteri, Ini Kisah Hidup Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

Sahibus Samahah Dato Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri di lahirkan pada 16 januari 1969. Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau sangat dikenali sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang dilantik pada Jun 2014.

Pendidikan  Awal

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu. Dan kemudian meneruskan ke peringkat menengah Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988).

Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993).

Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman.

Jawatan Yang Pernah Disandang

  • Bekas pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Penulis dan pendakwah bebas
  • Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan
  • Pengerusi, Jawatankuasa Penemuduga Tauliah Mengajar dan Ceramah Agama di Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Taqwim dan Melihat Anak Bulan.
  • Pengurusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP (JKWSA).
  • Mufti Wilayah Persekutuan

Jawatan Lain

  • Shariah Advisory Council, Bank Negara (2016 – 2019)
  • Panel Penasihat Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM 2013 sehingga kini.
  • Panel Penasihat Syariah TV al-Hijrah (2017 – 2019)
  • Ahli ISRA (International Shari’ah Research Academy for  Islamic Finance) Council of Scholars.
  • Penasihat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussiyifa’ (bermula 2017).
  • Panel Pemikir Pengurusan Islam Manhaj Malaysia, JAKIM (bermula 2018)

Dalam sejarah, pada 9 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Agama Islam Malaysia.

Sumber : Malaysian Gazette/LP

Harap Maaf