SIAPA yang aktif menggunakan aplikasi TikTok pasti sering mendengar lagu ‘Sayunk I Love’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Mariam.
ℹ️ Untuk Berita Hiburan Terkini. Follow Facebook Kami. Klik 👉🏻 sini 👈🏻
Lagu terbabit telah mendapat perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai backgroud music untuk konten-konten di media sosial berkenaan.
Anak Harry Khalifah
Disebabkan lagu tersebut viral, Chombi yang juga anak kepada pencipta lagu terkenal, Harry Khalifah telah mendapat tumpuan ramai lebih-lebih lagi peminat lelaki yang terpesona dengan kecantikannya.
Dalam satu perkongsian TikTok Harry, dia telah memuat naik video Chombi sedang membancuh susu buat adiknya di dapur sambil tersenyum mendengar gurauan bapanya.
Dalam video itu, Harry atau mesra disapa Apak telah memuji anak gadisnya yang tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang kakak walaupun sedang sibuk dengan kerjaya barunya.
@harry_khalifah Walaupun sibuk Namun dia tak pernah Lupa Tanggung jawab Sebagai seorang KAKAK pada Adik2 nya.. #chombi #sayunkiloveu #fyp ♬ bunyi asal – Apak 🇲🇾
“Walaupun sibuk Namun dia tak pernah Lupa Tanggung jawab Sebagai seorang KAKAK pada Adik2 nya” tulisnya.
Tiba² ramai pandai mop laut
Namun, apa yang mennghiburkan adalah komen-komen yang diterima di ruangan TikTok Apak apabila ramai yang menawarkan diri untuk menjadi memantu kepada komposer berkenaan.
Mereka juga sempat ‘menjual’ kemahiran diri demi mencuba nasib menjadikan Chombi teman istimewa.
Assalamualaikum Abah
Apak ada lagi ke stok rokok Dunhill.?
Salam Abah, kirim salam dekat Chombi
Nanti nak panggil daddy ke papa
Gurauan tersebut sememangnya membuatkan ramai ketawa kerana masing-masing seakan tidak mahu kalah menceritakan kehebatan diri kerana terpesona melihat kecantikan anak gadis Apak.
Difahamkan, lagu viral tersebut telah mendapat lebih dri 3 juta tontonan di YouTube hanya dalam masa 3 minggu sahaja sejak ia tular tempoh hari.
Apa Pendapat Anda.? TinggaIkan Komen & Share Ya. Terima Kasih.! 🫰🏻
Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending hari ini pada pautan di bawah.
sumber : Oh My Media
PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.