Anak Oksana Voevodina Makin Lama Terserlah Muka Melayu

Akhir November 2018, kecoh dengan khabar Sultan Muhammad didakwa bernikah dengan Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina.

Bagaimanapun sehingga sekarang pihak istana tidak mengesahkannya.

Pada 21 Mei 2019, Oksana melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra namun pada 1 Julai 2019, laporan mengatakan Sultan Muhammad V menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Oksana tidak mendedahkan punca penceraian sebaliknya menegaskan Ismail adalah zuriat Sultan Muhammad V.

Masa berjalan, kini Ismail sudah memasuki usia setahun lima bulan.

Baru-baru ini Oksana ada memuat naik gambarnya melalui Instagram.

Ramai yang teruja melihatnya dan mendakwa semakin hari terserlah wajah orang Melayu.

Sebelum ini ada yang bertanya tentang agama anaknya.

Oksan menjawab dia kan menyerahkan keputusan itu kepada anaknya apabila dewasa kelak.

Harap Maaf