Akhirnya, Rayhan Kabir buka mulut, mohon maaf pada semua rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Peguam bela kepada lelaki warganegara Bangladesh yang muncul di dokumentari Al Jazeera berjudul L0cked Up in Malaysia’s Lockd0wn, dibenarkan berjumpa dengan anak guamnya, Md Rayhan Kabir hari ini di Jabatan Imigresen, di sini.

C Selvaraja memaklumkan bahawa Rayhan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berkata beliau tidak berniat membur0kkan negara ini dengan mengatakan pendatang asing dian1aya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

Beliau turut menyatakan akur dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantarnya pulang ke negara asal bila-bila masa.

“Beliau membuat permohonan maaf kepada Malaysia sebab dia tidak berniat bercakap sebegitu (dalam dokumentari), dia lihat kawannya ditah4n ketika pendemik Cov1d-19 digari, dan dibawa ke trak. Itu apa yang dia lihat. Dia dengan ikhlas membuat permohonan maaf.

“Tidak ada niatnya untuk menud0h penguatkuasa Malaysia tapi apa yang dia rasa selepas melihat keadaan itu. Dia bersedia untuk dihantar balik dan kembali kepada keluarganya,” katanya ketika ditemui selepas lebih kurang empat jam berada di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hari ini.

Menurut Selvaraja, anakguamnya memaklumkan menerima layanan yang sempurna sepanjang dalam tah4nan.

“Hari ini Jabatan Imigresen telah memberi kebenaran, kita telah berjumpa dengan Kabir, beliau dalam keadaan selamat, tidak ada rungutan. Dia beritahu dia telah dijaga dengan baik dan rapi, semua sempurna makan semua ada,”ujarnya.

Selvaraja berkata, pihaknya akan menulis surat rasmi kepada JIM untuk meminta perincian berkenaan tarikh dan masa anak guamnya bakal dihantar pulang dan t1ndakan selanjutnya bakal diambil oleh pihak berkuasa.

Untuk rekod Rayhan dit4han oleh sepasukan pegawai dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, pada jam 5.45 petang pada 24 Julai selepas mengkr!tik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskrim!nasi dalam mengendali kes C0vid-19 membabitkan warga asing menerusi dokumentari yang disiarkan Al Jazeera.

Rentetan krit!kannya itu, Md Rayhan akan dius!r keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Sehingga kini, difahamkan siasatan terhadap warga Bangladesh ini masih belum selesai.

Dalam masa yang sama seorang lagi peguam yang bersama dengan Selvaraja, K Sumitha Shaanthinni memaklumkan memberi keterangan kepada polis dari Bukit Aman di JIM.

Jelas beliau, polis mengambil keterangannya kerana turut muncul dalam video dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat itu.

Sumber dari Malaysia Gazette via Newsbd78

Harap Maaf